Tuesday

Bengkel Bijak Solat Siri 1 - 21hb April 2013

Syukur ke hadrat Allah kerana diberikan kelancaran dalam menjalankan Program Saya Bijak Solat. Ini kali pertama kami ALC Paya Jaras mengadakan program ini. Walaupun tidak mendapat sambutan yang ramai tapi kami amat berpuas hati dengan semua ilmu yang telah diberikan dan juga penerimaan daripada anak-anak yang hadir. Sekurang-kurangnya memberikan jalan kepada mereka untuk sentiasa memperbaiki cara-cara solat mereka.


Kami juga ingin mengucapkan TAHNIAH kepada ibubapa yang menghantar anak mereka belajar di sini. Peserta paling jauh adalah dari Puncak Alam dan Sepang. Memang tak sangka ibubapa sanggup menghantar anak mereka walaupun jauh dari tempat tinggal mereka demi memberikan ilmu agama kepada anak-anak mereka.



Saturday

Bengkel Saya Bijak Solat






Alhamdulillah diberikan peluang untuk menganjurkan bengkel Saya Bijak Solat. Bagi yang masih belum mendaftar, boleh terus datang pada hari dan masa yang telah ditetapkan.