Saturday

Hari Pertama : Program Pemantapan Bacaan Al-Quran Teknik Al Baghdadi


Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi akhirnya ALC Paya Jaras berjaya juga mengadakan Program Pemantapan Bacaan Al-Quran secara PERCUMA kepada semua penduduk Paya Jaras. Semalam (27/7/2012) merupakan hari pertama program tersebut yang mana akan diadakan setiap hari Jumaat, Sabtu & Ahad di sepanjang bulan RAMADHAN. Insyaallah.....


Sesi pengenalan oleh Ustaz Hakimi

Pakcik-pakcik yang khusyuk mengetuk



Khusyuk semua mendengar penerangan Ustaz

Ketuk Macam ni yer...
Jutaan terima kasih kepada Timbalan Nazir Masjid Al Huda, Tuan Haji Shaharil Amiraddin atas kerjasama menjayakan program ini dan beliau juga turut menyertai program yang kami anjurkan ini..

TAHNIAH kepada semua yang hadir.. Semoga kita dapat memartabatkan Al-Quran

Wednesday

Jadual Program Pemantapan Bacaan Al-Quran Teknik Al-Baghdadi

Insyaallah Al-Baghdadi Learning Centre Paya Jaras akan mengadakan Program PERCUMA sepanjang bulan Ramadhan Al-Mubarak. Berikut adalah jadual program yang akan diadakan :-




Semoga pogram yang diadakan dapat memberi manfaat kepada semua.

Friday

Program Pemantapan Teknik Al- Baghdadi PERCUMA sepanjang RAMADHAN

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Tuesday

Alat Bantu Mengajar Tenik Al-Baghdadi

Teknik Al-Baghdadi adalah satu teknik terkini bagi pembelajaran Al-Quran dengan menggunakan kaedah pembelajaran yang sangat efektif dan mudah dipelajari. Kaedah Al-Baghdadi mempunyai alat bantu mengajar yang lain dari yang lain dengan kata lain mempunyai kaedah atau silibus tersendiri. Terdapat 3 jenis kursus yang ditawarkan yang menggunakan Teknik Al-Baghdadi iaitu Kursus Asas/Tamhid, Kursus Tajwid dan Talaqqi. Antara alat bantu mengajar yang digunakan adalah :-

Alat Ketuk
Alat ketuk digunakan ketika Kursus Asas/Tamhid sahaja. Ini kerana pergerakan tangan ketika membaca akan menjadikan pelajar lebih fokus sewaktu sesi pembelajaran. Alat ketuk in sangat membantu di samping menjadikan sesi pembelajaran lebih seronok dan lebih santai.

Buku Tamhid

Terdapat 2 jenis buku tamhid iaitu buku Tamhid kanak-kanak(Harga : RM 15.00) dan juga Buku Tamhid Eksklusif (Harga : RM 30.00). Kedua-duanya mengandungi 11 bab pembelajaran yang menekankan 6 prinsip asas untuk membolehkan seseorang itu pandai membaca Al-Quran iaitu :


    Mengenal 29 huruf hijaiyyah dengan baik
    Menguasai tanda baris iaitu Fathah, Kasrah & Dhommah
    Menguasai tanda bacaan baris dua atau tanwin
    Menguasai tanda bacaan panjang atau mad
    Mampu membaca tanda bacaan mati atau sukun
    Menguasai tanda bacaan berganda atau sabdu

Kursus Asas/Tamhid menggunakan buku ini dan sesi pembelajaran mengambil masa selama 3 bulan dimana kelas hanya diadakan seminggu sekali selama 2 jam setiap sesi. Ini bermakna terdapat 12 perjumpaan/kelas iaitu selama 24 jam waktu pembelajaran.

Buku Tajwid

Siri pelengkap kepada Buku Tamhid Al-Baghdadi. Mengandungi 10 bab pembelajaran yang menekankan prinsip asas dan 'amali dalam pembelajaran dan pengajaran Tajwid Al-Quran.

Kemahiran menguasai:
  • Makhraj-makhraj huruf iaitu tempat keluarnya huruf-huruf hijaiyyah di dalam struktur asas bacaan.
  • Teknik bacaan dan cara menyebut yang jelas dan mudah bagi huruf-huruf yang banyak berubah dari segi bacaannya apabila bertemu dengan huruf-huruf yang lain di dalam sesuatu ayat Al-Quran seperti huruf Nun (ن), Mim (م) dan sebagainya.
  • Tanda dan bacaan waqaf iaitu cara berhenti dan menyambung bacaan


Kursus Tajwid menggunakan buku ini dan sesi pembelajaran mengambil masa selama 3 bulan dimana kelas hanya diadakan seminggu sekali selama 2 jam setiap sesi. Ini bermakna terdapat 12 perjumpaan/kelas iaitu selama 24 jam waktu pembelajaran. Adalah perlu untuk setiap pelajar untuk mengikuti Kursus Asas/Tamhid terlebih dahulu sebelum belajar Kursus Tajwid ini.




Alat bantu mengajar ini hanya digunakan ketika Kursus Asas/Tamhid kanak-kanak sahaja.


Kad Al-Baghdadi

Kad Al-Baghdadi sebagai medium untuk pembentukan suasana pembelajaran melalui permainan. Menambah penguasaan anak-anak dalam pengecaman bunyi secara efektif, kreatif dan praktikal. Set mengandungi
  •  11 set lengkap Kad Al-Baghdadi merangkumi keseluruhan pengajaran dalam Buku Tamhid Al-Baghdadi.
  • Buku panduan teknik pengajaran untuk para guru & ibu bapa.
  • 'Blue Tack' bagi kegunaan mempelbagaikan aktiviti pembelajaran.












Bagi sesiapa yang berminat untuk mengikuti kursus-kursus pengajian Al-Quran Teknik Al-Baghdadi boleh menghubungi kami di talian 012-373 5225 / 012-615 9515. Pendaftaran Pelajar baru kini dibuka. Tempat adalah TERHAD

Monday

Kursus Perunding Teknik Al-Baghdadi


Dijemput kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti Kursus Perunding Teknik Al-Baghdadi yang akan dianjurkan oleh Pusat Pembelajaran Al-Baghdadi.

Marilah sama-sama kita memperjuangkan ilmu Al-Quran yang semakin kurang diamalkan oleh umat Islam masa kini.

Wednesday

Taklimat Percuma

Insyaallah sekiranya tiada aral melintang, kami akan mengadakan taklimat percuma untuk pengenalan Teknik Al-Baghdadi kepada kariah Masjid Al-Huda, Paya Jaras. Taklimat ini juga terbuka kepada semua penduduk berhampiran. Masa taklimat akan diberitahu kemudian. Sesiapa yang berminat atau inginkan keterangan lanjut bolehlah menghubungi Pn Zuraida di talian 012-3735225

Thursday

Selamat Datang



Terima kasih kerana sudi singgah ke blog Al Baghdadi Learning Centre Paya Jaras. Insyaallah kami akan menjalankan aktiviti pembelajaran dan pengajaran menggunakan kaedah/teknik Al-Baghdadi yang sangat mudah dipelajari oleh segenap lapisan umur.

Kelas-kelas juga akan diadakan di Masjid Al-Huda, Paya Jaras yang terletak berhampiran pasar malam Paya Jaras. Diharap usaha kami untuk memartabatkan Al-Quran akan mendapat sambutan daripada penduduk setempat.

Sebarang pertanyaan mengenai kelas atau sebagainya bolehlah menghubungi :-

PN ZURAIDA - 012-373 5225

Untuk maklumat terkini, anda juga boleh like Facebook Al-Baghdadi Paya Jaras dan komen di situ.